Showing posts with label My Thingy. Show all posts
Showing posts with label My Thingy. Show all posts

Thursday, February 5, 2015

Macam mana nak kahwin?

Assalamualaikum W.R.T

Pagi ni kat office, boss takde. Jadi, marilah kita membawa hati yang lara merepek dekat sini. hehehe
fuhhh kejap je dah February kan. pastu mac pastu april pastu dan pastu......tahun baru balik. entahlah apa yang serabut sangat sampai aku rasa apa yang aku nak ni sebenarnya. haaha macam *_____ je cakap kan. 

So aku nak tulis sini apa yang aku rasa for the past few days jiwa kacau aku. Allah... raa bersalah pulak banyak mengadu kat orang. hewhew 

meh aku list down benda yang aku rasa nak buat:

1) settlekan hal kahwin


2) tukar keje lain

3) sambung masters

okay. untuk menyedapkan hati aku, aku bertanyalah beberapa orang mengenai apa yang patut aku pilih.
settlekan hal kawen? mestilah ngek. sebab perancangan bulan october. Bape bulan je lagi. Pejam celik pejam celik dah october. Yang sebenarnye satu haram apa pon aku tak buat lagi. tak booking lagi. yolah encik fiance busy. aku lagilah busy jadi budak-budak. hahaha so aku letak tu tepi dulu sebab aku ni jenis last-minute punya orang. dont worry be happy gittuewww. haha teruk betul tunang orang ni kan =P

second, tukar keje lain. hmmmmm aku memang bercdang sangat nak tukar profession aku back to nutrition sebenarnya sebab cinta aku pada nutrition yang begitu mendalam membuatkan aku rasa aku perlu tukar keja. tetapi....... keje sekarang ni pon best. benda baru tak baru lah sebab aku time belajar dulu memang belajar community health pon so takde benda nak risau pon. but then, aku ada benda yang tak cukup lagi dari segi kewangan. gaji aku average tapi aku bahagia. kau hado?
hahaha.. tapi jadi kurang bahagia ialah apabila duit gaji tu habis semata untuk membayar bills, bagi parents duit and bende basic. sumpah rasa jeles tahap dengki kat member-member yang belajar sama aku tapi gaji berkepuk-kepuk. 
Allah teruknya perangaiiiiiiiiiiiiii.. hahaha.. tapi okay apa jeles sebab itu akan jadi pemangkin untuk aku berusaha jadi macam dorang or even better. tak gittuew? (*ayat penyedap hati) hhehe.. 

third, sambung masters. Hanya Allah je yang tahu betapa aku nak sambung study. sebab ultimate profession goal aku ialah nak jadi educator. tak kiralah lecturer ke kan. tapi itulah cita-cita hakiki aku. last year aku apply MARA tapi rezeki aku datang lambat sebab aku berjaya had rayuan je. Waktu tu aku dah down gila sebab first attempt tak dapat, tu yang tak letak hope untuk appeal tu. tapi Alhamdulillah dapat. tapinyaa.... waktu tu dah lambat sangat untuk submit segala apa. so aku tak proceed. ingat nak defer, tapi mak aku cakap next year je la cuba lagi T_T . #rasatakapayangakurasa?
takpelah kalau ada rezeki tak kemana kan. in sha Allah tahun ni aku akan apply lagi. Doakan aku ye korang.
hmmm... tapi apalah reaksi tunang aku nanti. hehehe..


so macam mana nak kawen?

boleh tak aku nak gunakan pepatah omputih,

"let it be. just go with the flow"


aku  berdoa Allah tunjukkan jalan untuk aku.
sebab Dia adalah sebaik-baik perancang.apa-apa pon keputusan aku after this, ia akan berkait dengan plan kawen aku. jadi aku harap biarlah Allah bantu aku untuk hal ini. Aku nak aku happy and orang yang sayang aku pon happy.

kalau korang ada pendapat, boleh nyatakan tak? hehehe

in sha Allah


till then,


Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.

Monday, January 12, 2015

Happy Engagement Olaie Part II!

Assalamualaikum W.R.
 
 
kihkoh tak sangka entry Part I mendapat sambutan. cewahhh perasan fatin liyana kejap. lulz.
 
sebenarnya rasa nak tulis apa yang korang nak tahu pasal pertunangan ni. *bajet retis* kihkoh

* please expect a long post for this entry*
 
 
jari gemuk airis safiyah =P
 
tapi entry semalam tu aku tak tulis macam mana aku terima proposal si dia kat parents aku kan? Hehe.. well aku sedar yang kitorang ni dah berjuta kali on off dalam relationship kitorang so aku tak expect and tak nak mengharap pon dia untuk propose aku cam sweet tahap diabetes kat youtube tu walau dalam hati ni tuhan je yang tahu betapa aku nakkkkkkk rasa ade orang romantik kat aku hahaha. Sebab aku ni romantik orangnya.kihkih.. aaaa sudah sudah berangan pulak.
 
Hidden ring in a book #engagement #proposal #idea
omputih sangat kan. kihkihkih tapi don't worry dia tak buat pon ni =.=

 
hmmm masa hari yang dia datang mini merisik (which means no proper proposal to me. alone. sobs) tu kan, aku kan dalam keadaan shocked tu so aku macam tak cakap yes or no. Aku banyak diam. Sebab entah aku pon tak tahu. Padahal aku sepatutnya excited baq hang gittuew. Mungkin sebab aku takut untuk berharap sangat?? Hewhew... so malam tu aku banyak berfikir. Aku solat tenangkan hati aku. Aku mohon kat Allah untuk setiap apa decision yang aku buat biar itu yang terbaik untuk aku. Sebenarnya malam tu dia mesej tanya napa aku nampak cam tak happy. Aku jawab, "happylah. Gila tak happy". Hehehe jawapan selamat untuk tak nak tunjuk apa yang aku fikir sebenarnya. 

Allah... rasa macam buat keputusan hidup mati ni. Sama ada betul ke nak tunang ni. Aku ni dah laa jenis sikit sikit gaduh nak break up, nak distance punya manusia. Kalau lepas ni dah tunang mesti kene sabar tahap fuhh fuhhh. Hahaha.. so within 2 weeks tu aku banyak muhasabah diri aku. Fikir betul ke ini yang aku nak. Dan Alhamdulillah Allah tolong aku. Ya. Allah adalah sebaik baik tempat untuk mengadu. Bestfriends aku pon banyak sangat membantu aku time time genting aku nak buat keputusan ni. Yelahh tunang kot. Tak nak la putus putus tengah jalan last last ended up kawen oran lain kan. Nauzubillah...

 

Makanyaaaaaa jadilah seminggu lagi nak ke tarikh 10 Januari 2015 tu. K. Esoknyanya aku keje kot. Hahaha..

Aaaa nak mula dari apa? Gila weh sumpah serius aku cakap bila buatkan orang lain punya majlis kan, idea nak dating punyalah berderet deret. Tapi haa bila kena kat diri sendiri, langsung blur. Nak pilih kaler tema pon macam entah. Entah. Entah.
 
 
Nasib baik akak aku, owner si ElsabyLiesaridz (tekan sini untuk ke page Elsa) tu free and sudi nak tolong. So aku bagi keje buat baju tunang, pelamin, setup hantaran kat dia. Kaching! Settle! Heheh memang me love you so much laaa lisa. serba serbi lisa buat dengan me-recycle barang wedding dia hari tu. hahaha

 
Khamis tu memang aku amik halfday tapi since aku cirit, cuti terus sampai jumaat. Jumaat pagi pergi pasar dengan mak aku beli barang nak masak. Si dia pon ikut. Yolahh awak kenalah bersusah jugak okay. Hehe. Kat sinilah kitorang jumpe aunty mungaaaa yang sangat pemurah.


 
Aku beli daisy kaler soft pink ni kat dia. Andd alhamdulillah rezeki aku, stock baby breath dia baru sampai. Gilaaaa best! Mami beli bunga carnation untuk buat sirih junjung. Murah gila murah serious. Hekhek.

 kalau rasa nak suruh aku buatkan, boleh je pm aku. hahahaha
 

Mami bersungguh masak tau. Aku listkan few makanan yang aku nak. Tapi mami tambah lagi few yang dia nak masak. Sian aku tengok. Penat tau. Memang mami selalu buat katering tapi bila pikir few days before tu mami sakit-sakit badan, aku jadi serba salah. Tapi mami gigihkan juga. Allah... memang tiada ibu yang terbaik kat selain mamiku ini (untuk aku laa). Aku tahu dia nak aku happy. Tsk..tsk... yelah bape puluh kali pulakkan mami tengok aku meroyan nak kawen kan. Hahaha.
I love you mamita.

K ni nak tunjuk baju tunang aku. Plan asal nak pakai baju konvo aku yang akak aku jahit tapi tak reveal kat orang lagi tu. Gittueww... haha tapi akak aku cakap kaler tak sesuai. So akak aku suggest baju turqoise ni. Aku alergik sikit pakai baju kaler cerah ni sebab nanti takdelah effect kurus tu kan. Kihkih. Tapi Alhamdulillah sedang elok dalam gambar. Hahaha

 kawan since asasi =)

okay tak? korang nak sewa aku bagi RM80 je kalau nak. hahahaha... veil tu pon lisa buat.kihkih yang mana at first aku refuse nak pakai sebab aku rasa over untuk bertunang tapi kerna terpaksa aku relakan juga pakai. hehehe

hmmm ape lagi eh?

ohh pelamin pon buat sendiri! hehehehehee

 so basically untuk majlis ni aku buat semuanya sendiri. aku memang penggemar buat benda-bende kretip mcm guestbook, 3D pop card, photobooth semua tu. so aku pon buatlah bende ni sendiri. kalau tak caya tengok dalam to-do-list aku tu, benda guestbook table no.1 tau. hahhaha.
 

 
cute gila kan si airis safiyah ni? baju ni kakak aku buatkan jugak sepatutnya nak pakai time aku kawen nanti tapi dorang tazzaabar nak pakai. so pakai je laaaa. and I am thinking that nak recycle je baju ni pakai time wedding aku nanti. hahaha
 
 
Ya Allah, semoga demam aku ni cepat kebah. esok nak gi keje. MC pon dapat 2 hari je. sobs. hekhekhek.. rindu pulak kat girlfriends aku semua ni.
 

 
 
nanti aku update 1 entry khas untuk gambar-gambar je. ni semua raw gambar DSLR dengan phone yang aku tak edit. ohh btw, aku tak upah photographer pon sebab aku tak mampu. abg ipar aku ex photographer so bior dia amik. abang si dia pon memang senior photographer so aku pon tengah tunggu gambar dari pihak dia. hehehee...
 
siapa kata nak buat majlis acah-acah meriah ni kena keluar duit banyak? (grand kewwww? lulz) teeheee sebenarnye definisi meriah tu kita sendiri je boleh menilai. Aku puas semua tetamu aku happy datang majlis aku. Puas semua orang yang aku jemput datang. Puas makanan semua habis. Puas tengok mami ayah lega and tak jatuh sakit after majlis. Puas bila aku rasa akhirnyaaaaaaaaaaaaa dah bertunang. Kihkoh.
 
 
to be continue...
 
 
till then,
xoxo


Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.

Happy Engagement Olaie Part I!

Assalamualaikum W.R.T
 
make up sendiri je sebab aku takde duit nak upah MUA. muaahahhaa

 
Alhamdulillah sudah 2 hari bergelar tunang orang harini. Macam tak percaya je rasa dah tercapai 1 wishlist tahun ni. Allah... tak tahu macam mana nak cakap perasaan sekarang except for demam teruk selepas majlis hari Sabtu tu. sobs...sobs.. sampai mc 2 hari tau T__T huhu
 
*please expect long post for this entry*
 
emm so apa sebenarnya yang mengarah ke majlis pertunangan tu?
 
Alhamdulillah syukur pada Allah yang Maha Esa atas segala nikmat dan kurniaNya yang telah diberikan kepada diri yang serba hina ini. Aku betul-betul tak menyangka yang akhirnya aku akan bertunang dengan jejaka pilihan aku sejak 6 tahun yang lepas. hehehe lama gilakan amik masa untuk bertukar ke next step. Tapi ini yang membuatkan aku lagi terus percaya pada jodoh Allah. Sememangnya apa yang Allah beri itulah yang terbaik pada pandangan aku.
 
 
haa ni gambar anak-anak buah aku yang approved aku tunang dengan abg ensem (panggilan dorang. puiii). k bunga tangan tu aku gubah sendiri tau. baju dorang ni akak aku yang jahit. wiwiiwiwi... ehh tetibe je..
 
 
okay sambung cerita. macam ni. Pada 1 hari balik dari kerja yang penat yang mana otw balik kerja tu aku memang pening kepala rasa berdebar-debar tak tahu kenapa, aku dapat mesej dari dia kata nak datang rumah. berdezuppppppppppppppppppppppp laju jantung aku. Bila aku sampai rumah, 5 minit kemudian dia sampai. Dia tak pandang aku, terus salam parents aku then duduk. Aku just emm whatsoever la kan masuk dapur buat air cam biasa. Tetibe dengar dia kata nak bawak rombongan 10 Januari ni.
 
aku?
 
ALLAH... terkejut gila macam nak simbah air kat muka dia. what theeeee tak bagitahu kan? aigoo....
actually kitorang dah break up dalam sebulan dah and berbulan before tu memang dah unstable sangat punya relationship. Itu yang aku kata pertunangan ni mengejut. 2 minggu je lagi weh. nak settle camana dengan busy kerja lagi. Tapi Alhamdulillah dah selesai dah pon majlis. happynyaaa aku sampai demam-demam ni. hekhekhek
 
untuk majlis ni, lagi 5 hari nak majlis, baru aku start invite kawan-kawan yang close dengan aku datang sebab aku tak nak beriya sangat. biasalah aku ni drama cintan cintun aku memang over. banyak kali cancel. so this time memang aku berhati-hati sikit. Alhamdulillah jugak sebab kebanyakan yang aku jemput semua datang. Gila tak happy kan?
 
Aku tahu orang yang paling penat mestilah mami aku. Kitorang tak suka panggil catering sebab tekak kitorang ni unik sikit. hehee so mami aku decide nak masak sendiri. Alhamdulillah respons dari tetamu semua suka dengan lauk-pauk (ayam masak merah, rending daging, jering masak lemak, sambal jawa, dll) mami masak especially sambal petai balado ijo tu. Marvelous! hehehe.
 
haihhh kalau nak cerita semua yang ada kat hati aku sekarang ni rasanya few post jugak laaa nanti jawabnyaaa. Harap boleh jadi kudapan korang boring-boring kan baca part of my life punya storyline. hehehe
 
so and sooo aku just nak cakap percayalah pada jodoh Allah. disaat kau rasa nak putus asa, time tu pasti akan datang sesuatu (in term of jodohlah case aku ni).
In sha Allah...
 
“
Hanya kerana orang itu tak selalu menunjukkan apa yang ada dalam hati dia, tak bermakna dia tak mempunyai isi hati. Hanya saja dia mungkin sembunyikan atau pendamkan di dalam hati. Jangan risau tentang jodoh. Jodoh yang tepat akan datang pada waktu yang tepat dengan orang yang tepat.

”
 
 
Alhamdulillah 
 
tu je yang aku boleh ucap sekarang ni. tak ternilai sangat perasaan tu. syukur. Allah panjangkan jodoh aku dan dia. Semoga terus kuat hingga ke Syurga Allah.
 
Mohon doa kalian untuk ikatan ini terjalin terus ke pernikahan yang menghalalkan hubungan kitorang 2 orang ni.
 
#olaieday100115
 
 
 
 
p/s: maaflah tak menjemput ramai sebab sogan and rasa nak buat kecil-kecilan saja. gambar-gambar aku upload next entry okay.
 
 

to be continue..
 
 
till then,
xoxo



Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.

Friday, April 18, 2014

Aku Ingin Hidup

Assalamualaikum W.R.T

Untukmu yang selalu ada di dalam doaku,

Tahun ini genap 6 tahun perkenalan kita. Iya sudah hampir 6 tahun. Pejam celik pejam celik kita masih berhubungan. Suatu jangka tempoh yang ku kira sangat lama bila dibandingkan dengan usiaku yg akan menginjak ke angka 23 tahun ini. Sudah pasti apa yang selalu bermain difikiran ini adalah perkahwinan. Iya aku selalu mendambakan sebuah mahligai pernikahan yang indah, yang utuh, yang didasari dengan kasih dan sayangnya kita kepada Maha Pencipta iaitu Allah S.W.T. Aku selalu inginkan zuriat ku sendiri. Biar orang mengatakan terlalu awal untuk bernikah, terlalu awal untuk punya anak, tetapi itulah apa yang terbaik bagi. Suami dan anak itu rezeki. Rezeki yang terindah dari Allah buat diriku. Tetapi sayang, semuanya belum terlaksana. Hanya mimpi indahku semata.

Aku mula sedar betapa perjalanan 6 tahun ini penuh pancaroba. Penuh dugaan yang ku bisa katakan banyak airmata yang mengalir, banyak hilai tawa yang menjengah kita, banyak surprise-surprise yang aku kenang dan sudah pasti semua itu tidak akan pernah hilang dari kotak mindaku. Bagiku, kau memang insan yang terindah kerana sentiasa hadir menemani aku. Dari awal perkenalan sehingga kini, aku bisa coretkan semuanya yang pernah terjadi diantara kita. Aku malah ingat setiap perbualan kita, mimpi kita, angan-angan kita.

6 tahun,

Sudah cukup molek sekiranya perhubungan yang lebih 6 tahun ini kita abadikan dengan sebuah pernikahan. Kita saling berjumpa ibu dan ayah. Kita saling keluar bersama dengan ibu dan ayah. dan Alhamdulillah mereka menerima perhubungan ini. Ibuku sendiri sangat menyayangimu melebihi anaknya ini. Aku sempat berfikir, jika kedua orang tua sudah merestui perhubungan ini, mengapa tidak kita terus sahaja melangsungkan pernikahan? Bukan RM50k yang aku mahu sebagai hantaranku. Bukan 1000 jongkong emas yang aku mahu sebagai maharku.

Cuma,

Aku mahukan kau bersedia untuk menjadi imamku. Menjadi pemimpin aku dan anak-anak kelak nanti. Wang ringgit, harta kita boleh sama-sama usahakan. Rezeki itu milik Allah. Jika sudah tertulis Allah mengizinkan kita mendapat rezeki itu, sudah pasti kita akan mendapatkannya. Langsung, apa lagi yang engkau mahukan?

Sungguh aku tidak mengerti.

Berbagai cara sudah aku jelaskan bahawa aku mementingkan kesederhanaan. Aku mahu bahagia. Aku mahu kita menjadi yang halal. Bukan sepasang kekasih yang bisa melakukan apa seenaknya tanpa batas. Aku takut. Demi Allah aku takut.

Semakin kau selesa dengan kehidupan ini, semakin engkau sibuk dengan hal duniawi ini, aku lihat engkau lupa akan tanggungjawabmu kepada ku. Mana janji-janji yang engkau tabur dulu? Mana sumpah demi Allah yang kau akan menjadikanku isterimu yang sah? 

Ketika detik ini, aku redha. aku pasrah sekiranya memang benar bukan jodoh itu untuk kita. Walaupun pahit untuk ditelan, aku redha dengan ketentuan Allah. Aku harus kuat. sementelah aku masih punya ibu dan ayah yang harus aku jaga, yang harus aku tabur baktiku pada mereka. Walau ada sedikit rasa penyesalan atas semua dosa-dosa yang kita pernah lakukan sepanjang 6 tahun ini, aku pasrah meski aku mungkin tidak jumpa jodohku.

Ku sentiasa doakan dikau bahagia dengan kehidupanmu kini. Kau punya keluarga, kau punya kawan-kawan untuk dipentingkan. Aku, perempuan yang sudah 6 ahun kau dampingi ini, yang selalu ada dikala kau sedih, yang selalu ada dikala kau kesusahan, dan yang pasti selalu ada semasa senangmu, aku terima semua yang berlaku ini. Aku harap kau jumpa pengganti yang lebih baik. Sesungguhnya aku cuba menjadi wanita yang lebih baik, yang patuh suruhan Tuhanku, yang selayaknya dipanggil isteri solehah. Aku cuba memperbaiki diri ini. Akanku cuba menyerahkan semua takdir ini kepada Allah kerna Dialah sebaik-baik Tuhan yang Mengetahui sesuatu itu.

mypath89:

reminder to myself..
:’(

Semoga aku kuat harungi semua ini. Semoga terhapus kesedihan ini. Semoga senantiasa ada harapan buatku.

in-the-footsteps-of-the-sahaabah:

Marriage and the Light of Faith

‘Ikrimah, Sumay’ and Kurayb report that Ibn ‘Abbâs – Allah be pleased with them – said to them:
Marry, for if the servant of Allah commits fornication Allah snatches the light of îmân from him, and may or may not return it to him.
Ibn Sa’d in Al-Tabaqât Al-Kubrâ Vol.5 p287.

See more: http://www.sayingsofthesalaf.net

Hadirkanlah kebahagiaan kepadaku Ya Rabb

Allah, ampunilah hambaMu ini yang penuh dosa, yang penuh khilaf.


insan hina,
zazailena


Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.

Monday, March 31, 2014

Interview MARA 2014 part 1

Assalamualaikum W.R.T

tak terasa seperti nak meng-update ape-ape sebenarnya. sebab hati sedang bergelora dek memikirkan interview MARA 10 April 2014 ni. 

Allah. Allah. Allah.

jadikan aku kuat ya Allah

Semoga hati ini tenang semasa interview nanti, semoga lidah ini lancar menuturkan kata, semoga ligat otak ini berfikir, semoga dapat panel yang baik hati.






Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.

Sunday, January 5, 2014

Custom made Jubah Dress

Assalamualaikum

hye people! kemain zea bukak blog yang dah berhabuk ni. sebenarnya nak cari alasan kejap je untuk skip dari study lepas otak dah menjadi tepu =.= hmm blogwalking tadi baru sedar yang zea dah jauh ketinggalan dalam dunia blog ni padahal dulu sukanya ya Allah.. mungkin faktor kewujudan tumblr yang buat zea selalu lupa pasal blog ni. make it short, ouh hari ni zea nak tunjuk Jubah Dress version cotton sumpah best tak tipu kalau tipu boleh muntah kat jamban ni. hehhee


wiwiwiwiwiwiwiwiwi

Jubah Dress ni kakak zea yang buat. memang sejak dia free 2 3 4 5 menjak ni zea asyik mintak tolong dengan menggunakan ayat-ayat paksa kat dia suruh dia buatkan zea baju. hehehe. iyelah.. kita ni kan plus size gegurl. susah nak jumpa size yang cantik molek dekat badan kita. hehehe
so dengan berbekalkan kain pasang yang berpasang-pasang kat rumah tu, zea suruh la kakak zea buat. sambil guna ayat macam ni:

"alaaa..lisa, buatkanlah..baju ape pon tak kesah yang penting cantik aaaa ira nak pakai... please...please.." (*sambil buat muka mintak penyepak)

dengan keterpaksaannyelah kakak zea siapkan baju ni. bukan 1, 2 kau! mihmih..itulah kuasa adik yang super comel cenggini. happy tak happy ^__^


dah la pakai pergi dating. *uhuk.uhuk*

motip pakai pergi dating sebab nak kawan tu tenganga and menyesal buat kita ni merajuk. hahahaha

apa yang menariknya lagi,  kawan tu pujuk zea dengan beli bendalah ni



muahahaahhaa. zaza is soooooo a happy girl!

till then,

chioww!


Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.

Wednesday, July 31, 2013

Running


just came back from running. seriously i hate running =.=


Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.

Belajar untuk menjadi manusia

Assalamualaikum W.R.T


last update, Januari.
Ya Allah.. berkepam sudah rupanya blog ni. Manalah hilang penulis yang tak berapa nak suka menulis. hehe
Sebenarnya ada je kat dunia ni lagi. Cuma, tak rajin nak update blog usang ni. Iyalah. ada tumblr. mihmih
Rasanya zea pernah cakap kat entry yang dulu-dulu yang zea lagi prefer tumblr sebab banyak gambar and more easier nak express benda yang zea nak tulis. hehe. tapi Alhamdulillah.. semangat nak menulis dah datang balik. so InsyaAllah akan diusahakan..
well, what today entry all about?
okay. actually zea spontan je nak tulis ni. zea ada thought pasal something. hmm...
minggu ni masuk minggu ke-2 praktikal kat fakulti perubatan. pheww.. selama 5 minggu ni akan zea and bestfriend, kak alya akan bersepah-sepah dekat semua jenis lab. lab biokimia, lab pemakanan, lab genetic, lab molecular. Allah.. dugaan betul praktikal sini.
ohh ya, 20 Julai yang lepas zea baru balik dari Jakarta. sebulan praktikal kat sana. and it was my first time stay lama kat negara orang. even sebulan macam takde apelah sangat but still, lots of things yang zea belajar. bukan dri segi akademik je, pengalaman hidup yang mungkin tak dapat kat tempat lain pon ada. Alhamdulillah. Allah bagi peluang kat zea untuk menjejak kaki ke negara orang.
dalam banyak-banyak bende yang zea dapat, ada 1 benda yang zea paling tak boleh lupa.
okay. macam ni.
zea ada seorang kawan ni. dia pelik. no. zea bukan cakap pelik sebab kawan dengan dia. it just that, he is an introvert. well, u guys tahukan ape tu introvert? emm for those yang tak tahu, nanti zea buat entry pasal intro and extrovert ni. okay? teeheee
okay. berbalik kepad kawan ni.
dia kawan yang sama MTM dgn zea and jugak classmate zea. so we both quite rapat jugak la. tapi, masa pergi Jakarta tu, kitorang kan pergi berlapan. and none of us yang rapat dengan dia. Jadi, zea yang baik hati ni (hekhek) layan jugak la dia sebab risau takut nanti dia rasa LOL pergi sana.
satu hari, kitorang ke kilang Pocari Sweat, ala-ala 100 Plus tu. zea sebenarnya dah beberapa hari muak dengan perangai kawan tu. daripada awal niat nak layan dia, lama-lama tu dah rasa menyampah pulak dengan perangai dia towards orang lain. and kebetulan hari tu, dia cari pasal dengan zea.
memang silap hari bulan betul kejadian dengan dia tu. zea dah la tengah PMS (ni pon nak mention.hehehe..), ditambah dengan perangai dia yang tak matang tu. Allah... sabar jelah..
since hari tu, zea tak bercakap langsung dengan dia. bukan apa, zea taknak pikir and mengadap perangai dia yang merepek tu. so play safe, taknak cakap dengan dia.
few days dah berlalu, dia tanya kat kawan zea, asal zea tak layan dia.
the weird thing is, dia kata dia tak tahu langsung salah dia apa. heh? what? =.=

hmm.. macam mana nak cakap iye..

susah sebenarnya nak hadap orang macam ni. dia bukannya tak boleh berfikir. cuma. attitude. yes. attitude.
bagi zea, kita kene sentiasa belajar untuk jadi manusia. hidup ni bukan pasal kita je.
yes.
memang sometimes we have to deal with people attitude, tapi kita kene ingat, tak semua orang yang boleh terima kita. jadi kita perlu jugak adaptasi dengan sekeliling. jangan ingat dunia ni is all about us. if so, you are wrong.

Allah tak bagi kita mata untuk tutup, tak bagi kita telinga untuk dipekakkan, tak bagi kita akal untuk tak berfikir. Jadi, sebaiknya gunakan nikmat anggota yang kita ada untuk belajar menjadi manusia yang sebaiknya. Jangan sampai nikmat tu dah hilang, baru kita nak tangisi..


Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.

Saturday, January 5, 2013

Semalam

Assalamualaikum

Semalam sangat tak okay. yes. semalam sabtu and me like having the worse Saturday in my life. heh =.= sebab ape ehh? sebab semalam ada exam! and it is Dr Mary's paper. okay itu penambah keterukkannya. hahha. and semalam jugak, hmm...something happened.. and i dont know why i cried so hard.

hmmm...

susahnya nak buat keputusan dalam hidup ni kan. kadang-kadang kita dah cuba itu dan ini pon, still tak dapat jawapan yang tepat. 

nape tak buat istikharah, mintak petunjuk kat Allah?
hmm.. zea dah cuba buat. tapi masih samar-samar lagi. istikharah kan perlu consistent. perlu keikhlasan untuk meminta dari Allah apa yang terbaik untuk kita. 
InsyaAllah...
zea akan teruskan lagi sehingga Allah memberi jawapan yang terbaik untuk zea.

emm... lamanya tak update blog! hehehe sampai zea dah tak reti macam mana nak menulis. mungkin perlu masa untuk bergiat aktif balik ni. hehee

kawan-kawan,
sila beri tunjuk ajar
=)


Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.

Wednesday, January 2, 2013

First Hello on 2013

Assalamualaikum

Selamat pagi! wahhh... lamanya zea x menulis dalam blog ni. semalam nak bukak blog, boleh pulak terlupa url zea sendiri. hekhekhek..
hmmm... ntah kenapa, apa masalahnye pun zea tak tahu, mungkin kerana seronok dengan tumblr kot? hahaa
sekarang ni pon facebook zea da jarang bukak. ahhh! nak jadi anti-sosial ke?
hehehee... tidaklah. tidak sama sekali. 
zea sebenarnya lebih suka tengok instagram je sekarang ni. even itu hanyalah aplikasi gambar-gambra, tapi emm seronok jugak lah dapat tengok life orang laen melalui gambar. 
lagi mudah untuk melihat dari membaca.
ye dak?
hehehe

ohh lupa!

Happy New Year!

sudah 2013 rupanya.

emm... so how about your 2012?

mine wasnt turned so good. but its okay. 
Alhamdulillah sebab masih diberikan kesempatan untuk hidup dan bernafas dan melalui hari-hari itu dengan orang yang tersayang.


okay. ni azam tahun baru zea.
hehehe
=)

nanti sambung lagi. nak habiskan study dulu.

bye!


Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.

Friday, November 9, 2012

salah aku

Assalamualaikum

10.11.12.
special date for those yang nak bertunang, berkahwin, ber-declare couple.
harini untuk zea,
hanya duduk mengadap laptop
men-sentimental-kan diri sendiri.

kenapa?

takde orang nak ajak kahwin, tunang, couple or ape2.

hahahaahah

assignment pon berlambak.
cuti mid sem bermula
tetapi
buka cuti nanti berlonggok test.

terima kasih.

saya rasa haeven.


Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.

Friday, September 21, 2012

glimpse.

Assalamualaikum

As usual, the owner of this blog is like " kejap ade kejap takde". well, been a bit busy as now I am a third year student! *clap* *clap*. hhehehe. Plus, it just that i am more into tumblr thingy since whenever and because of that, i hardly updating this blog. sorry duhh =.=

okay. lets straight to the point. I am
STRESS.

STRESSSS

and

STRESSSSS.

emm, I dont know why everything had to happened today. it was like been in a jail and free and then into jail again.

being in a relationship is not fun anymore.



seriously,

I need to renew my relationship.




Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.

Wednesday, August 1, 2012

Iftar with incik kesayangan

Assalamualaikum

hehe.. nampak ramai baru balik dari terawih. Alhamdulillah..biasanya incik kesayangan tak balik lagi time2 macam ni. sebab selalunya kat tempat dia, ada tazkirah yang panjang lepas tu.. menurut incik kesayangan, insyaAllah..semuanya untuk bekalan ilmu dunia akhirat. hehe

ehh choppp!

siapa encik kesayangan?

aphal tetibe ada incik-incik kesayangan ni?

sejak bila?

choii! banyaknya soalan =P

hehehee.. sebenarnya incik kesayangan ni adalah seorang hamba Allah yang berkemungkinan besar dengan izin Allah akan menjadi pemimpin zea dan keluarga kelak. insyaAllah.. sekiranya sudah memang ditakdirkan dia adalah jodoh yang Allah dah tetapkan untuk zea. hewhewhew =)

so, back to our topic, pasal iftar ni. act, kitorang nak jumpa on weekend sebab incik ni hanya cuti  weekend je. tapi disebabkan ada hal tertentu, kenalah set iftar lepas dia balik keje. fuhhhh.... naseb baek incik balek keje awal. kalau tak, tak hengin tuan puteri ni nak teman pi iftar. hehhehe. 

asalnya incik ni nak makan kat  kedai pakcik dia si kenny rogers tu, tapi sebabkan zea cakap aritu baru je makan, so incik kesayangan pon tukarlah tempat, pegi makan kat pizza hut kat pavilion. haaa... amekkaw! makan nak jauh je kan. tak sedar rumah tu yang kat ra..... tu memang seminit dua sampai. ^__^ hekhek

bila da sampai sana, baru zea taw, ghope-ghopenye, incik ni nak cari jam tangan untuk diri dia. so, kitorang masoklah semua kedai jam yang ada. sampaikan kedai baju sejuk pon masok hanya kerana nama kedai tu "winter time". hahhahaa... pecah perut zea gelak ^________^

hmmm... disebabkan tak jumpa yang berkenan kat hati, kitorang teruskan dulu hajat untuk berbuka puasa ni. yelah, incik ni susah sikit. kalau skip makan, memang problem la nanti perut dia tu. hahaha =)
and.... surprisingly, sampai kat pizza hut, incik kesayangan ni telah mengorder banyak gilosss makanan! tak ku sangka-sangka sampai begitu jadinya =.= 

makan punya makan, tak habis-habis. zea da la on diet carbohydrate, tapi sebab dia adalah pizza, memang abaikan je la diet tu. hehehe...

ehh da lah.. panjang pulak story morry zea ni.



err... sorry. i cant rotate u. =P


share the rainbow-ness with him =)


my precious things on that day. hehehee

till next iftar entry!

lol

^______^


Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.

Sunday, July 22, 2012

Expect more baby

Assalamualaikum

tik tok tik tok. baru pukul 2.44 petang. huishhh... mencabar betol puasa harini. mak zea tengah hari td da buat karipap daging. goreng petang nanti katanya.hehhe.. tapi tadi tengah dok kelepet kan tepi karipap tu, aduyaii.... menggelegak perut ni hah.. hahhaa. ealah.. setakat ni, karipap kari mak zea lah yang paling sedap dalam dunia ni. tak caya? mai datang umah zea arini. zea bagi test. heehehe
emm... cik zea oii.... sabaq naa... ade 5 jam lagi nak berbuka.

err.. panjangnye mukadimah zea kan? haha..
well, zea ni kalo boleh macam nak bercerita je ape yang zea buat sehari-hari. tapi sebab blog ni just boleh menulis kat dia, zea pon TER-tulislah panjang-panjang. hewhewhew =)

okay. back to our main topic. act, arini zea ak share pasal exercise. well, zea kan semenjak final exam aritu, memang mengembang semacam je. da macam anak 4 da T___T

ouhh...sebenarnya, awal perancangan sebelum cuti final aritu, zea nak kerja. ealah.. kata orang, kena pandai cari duit kalau nak sesuatu tu. so, memang zea da planlah nak keje kat manhattan but then, zea rasa malas yang teramat sangat. i mean real MALAS. last-last, end up dengan dok kat rumah SAHAJA dan menjaga anak-anak buah zea yang 4 orang tu. hehehe... disamping memupuk sifat keibuan gitu =)

ehh.. tengok, kan da terlajak. yang sebenarnye zea nak cakap pasal apa bende yang expect more ni.
emm.. sepanjang dok umah ni, macam-macam zea buat. ehh hello! jangan ingat zea ni dok besarkan badan je taw kat rumah ni. hekhekhek. sebenarnye zea tengah merancakkan diri dengan gym. ealah, nak kurus so kene ada hardwork. hehehe
setakat ni, nampak la sikit kesan senaman ni. makin bermuscle tangan ni. kalau tak sebelum ni penuh lemak je. so, memang semangat lagi tinggilah bila ade kesan cenggini. heheheheh.. tapi zea xnak expect more than what i am capable to do. kalau ade rezeki badan ni mengecil sikit raya ni, so Alhamdulillah.. kalau takde, takpe. boleh keep it up kan? hehehe


for time being.

till then,

bye!


Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.

Thursday, July 19, 2012

she is zaza ilena rdzuan

Assalamualaikum

tak mahu kata apa-apa.
hehehe


kalau karang go thru tumblr zea, mesti akan nampak betapa banyaknye Andrew Garfield si spiderman =)

hahaha


Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.

Tuesday, July 17, 2012

Pre-engagement photos II

Assalamualaikum

sambungan lagi 1.
hehehehe







so amacam?

okay tak zea jadi photographer?

simple yet not too overdrama =)


Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.

Pre-engagement photos

Assalamualaikum

title post ni memang mengada. bajet habis ni. hahaha. okaylah, before akak zea tunang haritu, dia suruh zea amekkan gambar pre-engaged dia. =.= macam apetah. dah la nak free je. suruh orang bangun pagi-pagi buta pi tasik permaisuri. outdoor photoshoot katanya. cehh!
well, zea ni takde la terer sangat. tapi Alhamdulillah dengan adanya abg-abg yg tere dlm photog ni, zea adelah sikit kemahiran. heheh..
so jom layan gegambarnye

tapi perlu diingatkan gambar ni memang bukan yang edit pakai photoshop.hehhe









ni bajet!



till then,

bye!


Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...