Assalamualaikum W.R.T
make up sendiri je sebab aku takde duit nak upah MUA. muaahahhaa
Alhamdulillah sudah 2 hari bergelar tunang orang harini. Macam tak percaya je rasa dah tercapai 1 wishlist tahun ni. Allah... tak tahu macam mana nak cakap perasaan sekarang except for demam teruk selepas majlis hari Sabtu tu. sobs...sobs.. sampai mc 2 hari tau T__T huhu
*please expect long post for this entry*
emm so apa sebenarnya yang mengarah ke majlis pertunangan tu?
Alhamdulillah syukur pada Allah yang Maha Esa atas segala nikmat dan kurniaNya yang telah diberikan kepada diri yang serba hina ini. Aku betul-betul tak menyangka yang akhirnya aku akan bertunang dengan jejaka pilihan aku sejak 6 tahun yang lepas. hehehe lama gilakan amik masa untuk bertukar ke next step. Tapi ini yang membuatkan aku lagi terus percaya pada jodoh Allah. Sememangnya apa yang Allah beri itulah yang terbaik pada pandangan aku.
haa ni gambar anak-anak buah aku yang approved aku tunang dengan abg ensem (panggilan dorang. puiii). k bunga tangan tu aku gubah sendiri tau. baju dorang ni akak aku yang jahit. wiwiiwiwi... ehh tetibe je..
okay sambung cerita. macam ni. Pada 1 hari balik dari kerja yang penat yang mana otw balik kerja tu aku memang pening kepala rasa berdebar-debar tak tahu kenapa, aku dapat mesej dari dia kata nak datang rumah. berdezuppppppppppppppppppppppp laju jantung aku. Bila aku sampai rumah, 5 minit kemudian dia sampai. Dia tak pandang aku, terus salam parents aku then duduk. Aku just emm whatsoever la kan masuk dapur buat air cam biasa. Tetibe dengar dia kata nak bawak rombongan 10 Januari ni.
aku?
ALLAH... terkejut gila macam nak simbah air kat muka dia. what theeeee tak bagitahu kan? aigoo....
actually kitorang dah break up dalam sebulan dah and berbulan before tu memang dah unstable sangat punya relationship. Itu yang aku kata pertunangan ni mengejut. 2 minggu je lagi weh. nak settle camana dengan busy kerja lagi. Tapi Alhamdulillah dah selesai dah pon majlis. happynyaaa aku sampai demam-demam ni. hekhekhek
untuk majlis ni, lagi 5 hari nak majlis, baru aku start invite kawan-kawan yang close dengan aku datang sebab aku tak nak beriya sangat. biasalah aku ni drama cintan cintun aku memang over. banyak kali cancel. so this time memang aku berhati-hati sikit. Alhamdulillah jugak sebab kebanyakan yang aku jemput semua datang. Gila tak happy kan?
Aku tahu orang yang paling penat mestilah mami aku. Kitorang tak suka panggil catering sebab tekak kitorang ni unik sikit. hehee so mami aku decide nak masak sendiri. Alhamdulillah respons dari tetamu semua suka dengan lauk-pauk (ayam masak merah, rending daging, jering masak lemak, sambal jawa, dll) mami masak especially sambal petai balado ijo tu. Marvelous! hehehe.
haihhh kalau nak cerita semua yang ada kat hati aku sekarang ni rasanya few post jugak laaa nanti jawabnyaaa. Harap boleh jadi kudapan korang boring-boring kan baca part of my life punya storyline. hehehe
so and sooo aku just nak cakap percayalah pada jodoh Allah. disaat kau rasa nak putus asa, time tu pasti akan datang sesuatu (in term of jodohlah case aku ni).
In sha Allah...
“Hanya kerana orang itu tak selalu menunjukkan apa yang ada dalam hati dia, tak bermakna dia tak mempunyai isi hati. Hanya saja dia mungkin sembunyikan atau pendamkan di dalam hati. Jangan risau tentang jodoh. Jodoh yang tepat akan datang pada waktu yang tepat dengan orang yang tepat.
”
Alhamdulillah
tu je yang aku boleh ucap sekarang ni. tak ternilai sangat perasaan tu. syukur. Allah panjangkan jodoh aku dan dia. Semoga terus kuat hingga ke Syurga Allah.
Mohon doa kalian untuk ikatan ini terjalin terus ke pernikahan yang menghalalkan hubungan kitorang 2 orang ni.
#olaieday100115
p/s: maaflah tak menjemput ramai sebab sogan and rasa nak buat kecil-kecilan saja. gambar-gambar aku upload next entry okay.
to be continue..
till then,
xoxo
No comments:
Post a Comment