Assalamualaikum W.R.T
Seminggu sudah berlalu. Bermacam khabar, spekulasi, cerita bohong, analisa fakta dan sebagainya sudah penat kita dengar, baca dan lihat. Pelbagai agenda dan teori diulas dan dicuba hubungkaitkan dengan misteri kehilangan MH370. Dari, terhempas ke bomoh teropong ke disahkan dihijacked, saya rasa semua sudah penat. Ya. mungkin tidak semua yang jemu dengan berita-berita ini tetapi bagi saya, hati kecil ini terasa penat dengan segala macam pembohongan yang cuba disampaikan oleh pihak-pihak yang saya sendiri tidak pasti. Tipu jika saya berkata saya sudah malas untuk mengambil tahu isu ini tetapi saya tetap tidak pernah putus mencari sebarang update. Untuk apa? kerna
Saya RISAU. Saya bukan ingin berlagak prihatin tetapi itu hakikat. Saya risau akan apa yang terjadi sekarang.
Saya sayang negara saya ini. Saya sayang. titik.
Sepanjang keterujaan mencari segala maklumat mengenai misteri ini, banyak cerita bodoh yang saya anggap dibuat oleh individu yang tak mempunyai kepentingan dalam isu ini.
Tidak bolehkah kita sebagai rakyat Malaysia yang diberi nikmat oleh Allah mendiami bumi bertuah Malaysia ini untuk
bersatu? Paling tidak jangan berkata apa, jangan share apa, jangan menokok tambah apa pun kalau kita tidak pasti dengan apa yang kita akan kata, share, tokok tambahkan itu. Dan jangan jadi orang yang mengutuk, menghina meng-bashing kerja dan effort pasukan penyelamat dan those people yang involved dalam kehilangan ini. Sebab kau takda kat situ menolong. Kau tak tolong apa. Lainlah yes. Memang kau yang bersusah payah mencari pesawat yang hilang ni.
Ya. Saya marah.
Tolonglah. Walau bukan ahli keluarga kita yang terlibat, walau bukan hal kita, paling tidak walaupun kita ini blogger yang excited nak mati nak update cerita untuk orang ramai singgah blog kita, boleh tak tolong jangan sebarkan cerita yang tidak pasti kesahihannya?
Boleh?
Sebab apa saya berkata begini?
Saya tidak mahu orang yang serba percaya yang mudah percaya berasa apa yang mereka baca itu benar. Tidak semua orang bijak seperti kita untuk menilai. Ehh, kita pun belum tentu bijak.
Apa yang terjadi ini ada hikmahnya. Tidak salah berdoa dan terus berdoa kepada Allah S.W.T untuk pengakhiran yang terbaik. Dia adalah sebenar-benar tempat untuk kita mengadu dan memohon. Dia Maha Mengetahui.
Semoga ada yang terbaik untuk Malaysia, untuk MH370 dan untuk kita sebagai hamba Allah.
Please stop spreading news bodoh, tidak sahih dan auta. Keep your prayers Malaysian. Together we unite
Doa adalah senjata terbaik orang Islam
Come home
Come home
Cause I’ve been waiting for you
For so long
For so long
Right now there's a war between the vanities
But all I see is you and me
The fight for you is all I’ve ever known
So come home
*Come Home- One Republic
Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.