Monday, March 17, 2014

Pengajaran dari Kisah Realiti Future Music Asia Festival 2014

Assalamualaikum W.R.T

Sepertinya semua orang telah dikejutkan dengan berita kematian 6 peserta Future Music Festival Asia 2014 yang tiada angin tiada ribut tetiba ada berita orang mati. Memang, berita ini sangat mendukacitakan kerana sedang kita sibuk dengan misteri kehilangan MH370, datang pula berita yang tak diduga sebegini. 


Ini soal nyawa.

Bukan beli dengan 20sen nyawa ni.

Kita hidup sekali je di dunia ini. Lainlah buat manusia yang sempat diberikan peluang oleh tuhan untuk merasa nikmat diberi peluang hidup buat kali kedua contoh macam kes-kes tersedar dari koma, terselamat dari nahas dan sebagainya. 

Allah, hebat sungguh kuasa-Mu.

nangis.

Apa yang berlaku ini di luar kemampuan manusia. Tidak perlulah kita menuding jari menyalahkan sesiapa. Kau nak salahkan penganjur, aku nak salahkan kerajaan, dia nak salahkan orang yang supply dadah, dorang nak salahkan polis/pengawal dan sebagainya. and so on and so forth.

Benda dah jadi. Fullstop.

Ada orang dah mati, ada orang tengah kritikal kat ICU, ada orang balik rumah dengan happy, ada orang marah sebab lagi satu hari konsert batal, ada orang menangis anak/kawan dia mati, ada orang chill wat lek wat peace.

Itu manusia.

Kalau tersedar, Alhamdulillah saya boleh cakap. Kalau rasa itsokay things like this happen and blah blah blah, terpulanglah kau orang nak rasa ape.


Cuma ingat, everything happened for a reason. Maybe as a lesson or wake up point. Mungkin bukan sekarang kita yang kena, mungkin kita takkan kena macam tu. Tapi biarlah ada sedikit rasa di dalam hati ini tidak mahu perkara buruk ini terjadi kepada kita. Jangan dah terhantuk baru nak sedar. 

Beringat sebelum kena kawan-kawan. Jangan pandang remeh nikmat nyawa yang Allah bagi kat kita ini. Kerna kita tidak tahu bila kita akan mati. Mungkin jap lagi. a'ah. tengah makan maggi jap lagi. tak pun tengah tengok bola kat kedai mamak 24 hour tu. Mungkin ajal kita lambat lagi. Tapi yakinlah setiap orang akan menemui ajalnya pada masa yang tepat yang Allah dah tetapkan dalam cara yang Allah dah rancangkan.


"Allah, berilah aku sempat untuk mengucap dua kalimah shahadah indah-Mu sebelum nyawaku ditarik agar aku mati kekal sebagai seorang Muslim."


Orang yang Allah beri nikmat, maka dia wajib untuk bersyukur atas nikmat tersebut. Karena bersyukur kepada Allah adalah nikmat yang paling besar. Bahkan bersyukur itu adalah nikmat yang sejati yang akan kekal. Jika hilang rasa syukur, hilang pula nikmat-nikmat lainnya.” - Dr Muhammad al Hamuud an Najdi, Doktor dalam bidang akidah, Imam dan Khotib di Masjid Shobaah An Naashir



Sekadar renungan bersama. Janji Allah tu pasti.



p/s: takutnya bila fikir mati tak sempat mengucap. Nauzubillahminzalik


Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.

No comments:


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...