Friday, April 18, 2014

Aku Ingin Hidup

Assalamualaikum W.R.T

Untukmu yang selalu ada di dalam doaku,

Tahun ini genap 6 tahun perkenalan kita. Iya sudah hampir 6 tahun. Pejam celik pejam celik kita masih berhubungan. Suatu jangka tempoh yang ku kira sangat lama bila dibandingkan dengan usiaku yg akan menginjak ke angka 23 tahun ini. Sudah pasti apa yang selalu bermain difikiran ini adalah perkahwinan. Iya aku selalu mendambakan sebuah mahligai pernikahan yang indah, yang utuh, yang didasari dengan kasih dan sayangnya kita kepada Maha Pencipta iaitu Allah S.W.T. Aku selalu inginkan zuriat ku sendiri. Biar orang mengatakan terlalu awal untuk bernikah, terlalu awal untuk punya anak, tetapi itulah apa yang terbaik bagi. Suami dan anak itu rezeki. Rezeki yang terindah dari Allah buat diriku. Tetapi sayang, semuanya belum terlaksana. Hanya mimpi indahku semata.

Aku mula sedar betapa perjalanan 6 tahun ini penuh pancaroba. Penuh dugaan yang ku bisa katakan banyak airmata yang mengalir, banyak hilai tawa yang menjengah kita, banyak surprise-surprise yang aku kenang dan sudah pasti semua itu tidak akan pernah hilang dari kotak mindaku. Bagiku, kau memang insan yang terindah kerana sentiasa hadir menemani aku. Dari awal perkenalan sehingga kini, aku bisa coretkan semuanya yang pernah terjadi diantara kita. Aku malah ingat setiap perbualan kita, mimpi kita, angan-angan kita.

6 tahun,

Sudah cukup molek sekiranya perhubungan yang lebih 6 tahun ini kita abadikan dengan sebuah pernikahan. Kita saling berjumpa ibu dan ayah. Kita saling keluar bersama dengan ibu dan ayah. dan Alhamdulillah mereka menerima perhubungan ini. Ibuku sendiri sangat menyayangimu melebihi anaknya ini. Aku sempat berfikir, jika kedua orang tua sudah merestui perhubungan ini, mengapa tidak kita terus sahaja melangsungkan pernikahan? Bukan RM50k yang aku mahu sebagai hantaranku. Bukan 1000 jongkong emas yang aku mahu sebagai maharku.

Cuma,

Aku mahukan kau bersedia untuk menjadi imamku. Menjadi pemimpin aku dan anak-anak kelak nanti. Wang ringgit, harta kita boleh sama-sama usahakan. Rezeki itu milik Allah. Jika sudah tertulis Allah mengizinkan kita mendapat rezeki itu, sudah pasti kita akan mendapatkannya. Langsung, apa lagi yang engkau mahukan?

Sungguh aku tidak mengerti.

Berbagai cara sudah aku jelaskan bahawa aku mementingkan kesederhanaan. Aku mahu bahagia. Aku mahu kita menjadi yang halal. Bukan sepasang kekasih yang bisa melakukan apa seenaknya tanpa batas. Aku takut. Demi Allah aku takut.

Semakin kau selesa dengan kehidupan ini, semakin engkau sibuk dengan hal duniawi ini, aku lihat engkau lupa akan tanggungjawabmu kepada ku. Mana janji-janji yang engkau tabur dulu? Mana sumpah demi Allah yang kau akan menjadikanku isterimu yang sah? 

Ketika detik ini, aku redha. aku pasrah sekiranya memang benar bukan jodoh itu untuk kita. Walaupun pahit untuk ditelan, aku redha dengan ketentuan Allah. Aku harus kuat. sementelah aku masih punya ibu dan ayah yang harus aku jaga, yang harus aku tabur baktiku pada mereka. Walau ada sedikit rasa penyesalan atas semua dosa-dosa yang kita pernah lakukan sepanjang 6 tahun ini, aku pasrah meski aku mungkin tidak jumpa jodohku.

Ku sentiasa doakan dikau bahagia dengan kehidupanmu kini. Kau punya keluarga, kau punya kawan-kawan untuk dipentingkan. Aku, perempuan yang sudah 6 ahun kau dampingi ini, yang selalu ada dikala kau sedih, yang selalu ada dikala kau kesusahan, dan yang pasti selalu ada semasa senangmu, aku terima semua yang berlaku ini. Aku harap kau jumpa pengganti yang lebih baik. Sesungguhnya aku cuba menjadi wanita yang lebih baik, yang patuh suruhan Tuhanku, yang selayaknya dipanggil isteri solehah. Aku cuba memperbaiki diri ini. Akanku cuba menyerahkan semua takdir ini kepada Allah kerna Dialah sebaik-baik Tuhan yang Mengetahui sesuatu itu.

mypath89:

reminder to myself..
:’(

Semoga aku kuat harungi semua ini. Semoga terhapus kesedihan ini. Semoga senantiasa ada harapan buatku.

in-the-footsteps-of-the-sahaabah:

Marriage and the Light of Faith

‘Ikrimah, Sumay’ and Kurayb report that Ibn ‘Abbâs – Allah be pleased with them – said to them:
Marry, for if the servant of Allah commits fornication Allah snatches the light of îmân from him, and may or may not return it to him.
Ibn Sa’d in Al-Tabaqât Al-Kubrâ Vol.5 p287.

See more: http://www.sayingsofthesalaf.net

Hadirkanlah kebahagiaan kepadaku Ya Rabb

Allah, ampunilah hambaMu ini yang penuh dosa, yang penuh khilaf.


insan hina,
zazailena


Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.

Thursday, April 10, 2014

Interview MARA 2014 Part 3

Assalamualaikum W.R.T

ALLAH... akhirnya selesai jugak interview MARA yang mengancam keamanan jiwa raga selama ni. phewww Alhamdulillah segala puji-pujian kepada Allah mengizinkan kelancaran pada hari ini. what can I say about this interview was it is so-so. I am so jelly dengar orang lain punya group best la fun la seronok la and whatsoever. Mine was okay. I dont know why. It might because of today (10/04/2014) is the last day for the interview session for applicants in Malaysia. and its raining though.

Alhamdulillah. hujan tu kan rahmat. Semoga rezeki ada untuk sambung belajar ke oversea ni.
haih.

tak tahu kenapa tapi memang ada rasa sedih yang menggila lepas interview tadi. Ohh man, I hope my groupmates cannot find this blog. teeheee.

so basically my group consist of 12 candidates and it was all girls. Ya right. I know You would say "great! semua perempuan lagi senang"

hold on a second. tak weh. serious tak.

Allah.. semoga ini adalah dugaan sedikit je untuk diri ini. ='(

at first I thought everyone will be like kerjasama, toleransi and what not but then somehow I realized some of the candidates memang dominate every sessions. It was not that I dont know what to say, dont have any idea ke ape tapi fikirlah dah they all je yang bercakap. and I remeber during my time giving point, dorang potong and I was like "shit. point aku x habis elaborate lagi laaaa"

Allah.. semoga ini adalah dugaan sedikit je untuk diri ini.

masa business game, as expected they are someone yang nak jadi macam leader. seriously I dont care if you nak pun. but, as a leader, you have to listen! cadangan orang lain taknak dengar. kecewanya rasa. kalaulah boleh putar balik tadi T__T 


Allah.... banyak pengajaran untuk hari ini. Kita tak boleh expect semua orang akan rasional. Group discussion akan berjaya if semua orang sama rata. We dont need orang-orang untuk dominate the discussion. As a great leader, amik kisah amik peduli semua ahli kumpulan punya pandangan/ cadangan/ idea is important. Bukan macam kau je yang betul. kerjasama amalan mulia. even wonderpet pon suruh kerjasama.

Anyway, thank you MARA for this opportunity.




Ya Allah, sesungguhnya hamba ini menagih belas dari-Mu. Berikanlah sebaik-baik rezeki buat diri ini dan kawan-kawan yang banyak membantuku. Jika jalan kami untuk menuntut ilmu ini adalah yang terbaik, permudahkanlah buat kami. Hadirkanlah rezeki-Mu kepada kami hamba-Mu yang hina ini. Sesungguhnya Engkaulah Maha Berkuasa yang menentukan setiap apa yang terjadi di bumi ini. 

Amin



Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.

Tuesday, April 8, 2014

Interview MARA Part 2

Assalamualaikum W.R.T

semakin dekat dengan tarikh interview semakin berdebar rasa. satu persatu kawan settle dengan interview masing-masing and saya as usual will be on the last team. cehh =.=  nevermind. lagi lambat lagi banyak tips yang kita dapat. mudah-mudahan =)

teachermuhammad:

(Tirmidhi)

Harini zaza rasa nak cerita perihal beberapa orang kawan yang zaza baru kenal sepanjang sesi interview dan test MARA ni. Allah, baik sungguh mereka semua. Tak sangka perbualan random, dan menyelit sana sini membuatkan kami dapat membentuk 'family' baru ni. Meraka ada disepanjang masa. Serious. 
Mungkin kawan baik pon takde sekerap tu. hehehe..


Terlalu banyak yang bantuan yang dah diberikan. nasihat, pendapat, cadangan, gurauan semua, COMPLETE.

Ya Allah,

Terima kasih kerana menghadirkan mereka-mereka ini yang sangat baik hati ini. Hanya Engkau yang dapat membalas kebaikan mereka. Hanya Engkau yang telah menulis pertemuan ini. Berilah mereka-mereka yang membantu aku ini rezeki untuk mengejar impian mereka menuntut ilmu. Semoga apa yang Kau rencanakan untuk kami itulah yang terbaik bagi kami. 

Amin

islamsymphony:

“Perhaps a great deed is belittled by an intention. And perhaps a small deed, by sincere intention, is made great”. -Abdullah ibn Mubarak


p/s: semoga zaza ikhlas. semoga mereka ikhlas. halalkan semua ini Ya Allah


Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...