Sunday, March 16, 2014

#MH370, SPEKULASI, DRAMA & MALAYSIA

Assalamualaikum W.R.T





Seminggu sudah berlalu. Bermacam khabar, spekulasi, cerita bohong, analisa fakta dan sebagainya sudah penat kita dengar, baca dan lihat. Pelbagai agenda dan teori diulas dan dicuba hubungkaitkan dengan misteri kehilangan MH370. Dari, terhempas ke bomoh teropong ke disahkan dihijacked, saya rasa semua sudah penat. Ya. mungkin tidak semua yang jemu dengan berita-berita ini tetapi bagi saya, hati kecil ini terasa penat dengan segala macam pembohongan yang cuba disampaikan oleh pihak-pihak yang saya sendiri tidak pasti. Tipu jika saya berkata saya sudah malas untuk mengambil tahu isu ini tetapi saya tetap tidak pernah putus mencari sebarang update. Untuk apa? kerna Saya RISAU. Saya bukan ingin berlagak prihatin tetapi itu hakikat. Saya risau akan apa yang terjadi sekarang. Saya sayang negara saya ini. Saya sayang. titik.

Sepanjang keterujaan mencari segala maklumat mengenai misteri ini, banyak cerita bodoh yang saya anggap dibuat oleh individu yang tak mempunyai kepentingan dalam isu ini.


Tidak bolehkah kita sebagai rakyat Malaysia yang diberi nikmat oleh Allah mendiami bumi bertuah Malaysia ini untuk bersatu? Paling tidak jangan berkata apa, jangan share apa, jangan menokok tambah apa pun kalau kita tidak pasti dengan apa yang kita akan kata, share, tokok tambahkan itu. Dan jangan jadi orang yang mengutuk, menghina meng-bashing kerja dan effort pasukan penyelamat dan those people yang involved dalam kehilangan ini. Sebab kau takda kat situ menolong. Kau tak tolong apa. Lainlah yes. Memang kau yang bersusah payah mencari pesawat yang hilang ni.


Ya. Saya marah.


Tolonglah. Walau bukan ahli keluarga kita yang terlibat, walau bukan hal kita, paling tidak walaupun kita ini blogger yang excited nak mati nak update cerita untuk orang ramai singgah blog kita, boleh tak tolong jangan sebarkan cerita yang tidak pasti kesahihannya?

Boleh?

Sebab apa saya berkata begini?

Saya tidak mahu orang yang serba percaya yang mudah percaya berasa apa yang mereka baca itu benar. Tidak semua orang bijak seperti kita untuk menilai. Ehh, kita pun belum tentu bijak.

Apa yang terjadi ini ada hikmahnya. Tidak salah berdoa dan terus berdoa kepada Allah S.W.T untuk pengakhiran yang terbaik. Dia adalah sebenar-benar tempat untuk kita mengadu dan memohon. Dia Maha Mengetahui.

Semoga ada yang terbaik untuk Malaysia, untuk MH370 dan untuk kita sebagai hamba Allah.



Please stop spreading news bodoh, tidak sahih dan auta. Keep your prayers Malaysian. Together we unite

Doa adalah senjata terbaik orang Islam

Come home
Come home
Cause I’ve been waiting for you
For so long
For so long
Right now there's a war between the vanities
But all I see is you and me
The fight for you is all I’ve ever known
So come home

*Come Home- One Republic


Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.

4 comments:

suria lekatlekit said...

kita semua tahu ada sesuatu telah berlaku cuma kita masih tak tahu apa yang berlaku di sebalik kejadian tu. Kita tak tahu tapi membuat andaian seperti kita serba tahu benda tu la memberi masalah pada orang yang ingin ambil tahu. Akak di hentam gara2 menegur seorang blogger yang jadikan blog dia medium menyebar spekulasi.. Tapi akak tak kisah & tak amik hati... Kalau rasa apa yang dia buat tu baik, kita nak cakap apa lagi kan. Kita yang rasa benda tu tak membantu, so kita jangan buat. Apa yang kita mampu hanya doa. Moga Allah memakbulkan doa2 kita bersama lagi berjuta doa yang lain. PrayForMH370

zea ell ridzuan said...

betul tu akak. tak tahu kenapa ramai orang malaysia sendiri nak jadi seperti batu api yang memarakkan lagi kekusutan yg tengah berlaku ni. harap semua baik-baik nanti

Unknown said...

setuju dan kita perlu tolak spekulasi dan berita2 bodoh yg disebarkan...tetapi perlu diingat juga, bukan semuanya spekulasi atau drama..

simpati tak semestinya, senyap dan hanya berdiam diri melihat kelemahan dan membiarkan masyarakat antarabangsa meratah imej negara kita dan tidak semua yg komen,pendapat dan beri cadangan ada muslihat politik atau konspirasi karut..ada isu yang perlu kita ambil tahu dan diperbaiki..

zea ell ridzuan said...

setuju jugak dgn pendapat din. sebab itu kena kena pandai menilai dan yg paling penting jgn cepat melatah dengan sesuatu yg mungkin tak seperti kita harapkan. rasional lah bila berfikir tanpa menafikan perkara yg sahih.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...