Thursday, February 5, 2015

Macam mana nak kahwin?

Assalamualaikum W.R.T

Pagi ni kat office, boss takde. Jadi, marilah kita membawa hati yang lara merepek dekat sini. hehehe
fuhhh kejap je dah February kan. pastu mac pastu april pastu dan pastu......tahun baru balik. entahlah apa yang serabut sangat sampai aku rasa apa yang aku nak ni sebenarnya. haaha macam *_____ je cakap kan. 

So aku nak tulis sini apa yang aku rasa for the past few days jiwa kacau aku. Allah... raa bersalah pulak banyak mengadu kat orang. hewhew 

meh aku list down benda yang aku rasa nak buat:

1) settlekan hal kahwin


2) tukar keje lain

3) sambung masters

okay. untuk menyedapkan hati aku, aku bertanyalah beberapa orang mengenai apa yang patut aku pilih.
settlekan hal kawen? mestilah ngek. sebab perancangan bulan october. Bape bulan je lagi. Pejam celik pejam celik dah october. Yang sebenarnye satu haram apa pon aku tak buat lagi. tak booking lagi. yolah encik fiance busy. aku lagilah busy jadi budak-budak. hahaha so aku letak tu tepi dulu sebab aku ni jenis last-minute punya orang. dont worry be happy gittuewww. haha teruk betul tunang orang ni kan =P

second, tukar keje lain. hmmmmm aku memang bercdang sangat nak tukar profession aku back to nutrition sebenarnya sebab cinta aku pada nutrition yang begitu mendalam membuatkan aku rasa aku perlu tukar keja. tetapi....... keje sekarang ni pon best. benda baru tak baru lah sebab aku time belajar dulu memang belajar community health pon so takde benda nak risau pon. but then, aku ada benda yang tak cukup lagi dari segi kewangan. gaji aku average tapi aku bahagia. kau hado?
hahaha.. tapi jadi kurang bahagia ialah apabila duit gaji tu habis semata untuk membayar bills, bagi parents duit and bende basic. sumpah rasa jeles tahap dengki kat member-member yang belajar sama aku tapi gaji berkepuk-kepuk. 
Allah teruknya perangaiiiiiiiiiiiiii.. hahaha.. tapi okay apa jeles sebab itu akan jadi pemangkin untuk aku berusaha jadi macam dorang or even better. tak gittuew? (*ayat penyedap hati) hhehe.. 

third, sambung masters. Hanya Allah je yang tahu betapa aku nak sambung study. sebab ultimate profession goal aku ialah nak jadi educator. tak kiralah lecturer ke kan. tapi itulah cita-cita hakiki aku. last year aku apply MARA tapi rezeki aku datang lambat sebab aku berjaya had rayuan je. Waktu tu aku dah down gila sebab first attempt tak dapat, tu yang tak letak hope untuk appeal tu. tapi Alhamdulillah dapat. tapinyaa.... waktu tu dah lambat sangat untuk submit segala apa. so aku tak proceed. ingat nak defer, tapi mak aku cakap next year je la cuba lagi T_T . #rasatakapayangakurasa?
takpelah kalau ada rezeki tak kemana kan. in sha Allah tahun ni aku akan apply lagi. Doakan aku ye korang.
hmmm... tapi apalah reaksi tunang aku nanti. hehehe..


so macam mana nak kawen?

boleh tak aku nak gunakan pepatah omputih,

"let it be. just go with the flow"


aku  berdoa Allah tunjukkan jalan untuk aku.
sebab Dia adalah sebaik-baik perancang.apa-apa pon keputusan aku after this, ia akan berkait dengan plan kawen aku. jadi aku harap biarlah Allah bantu aku untuk hal ini. Aku nak aku happy and orang yang sayang aku pon happy.

kalau korang ada pendapat, boleh nyatakan tak? hehehe

in sha Allah


till then,


Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...