Monday, January 12, 2015

Happy Engagement Olaie Part II!

Assalamualaikum W.R.
 
 
kihkoh tak sangka entry Part I mendapat sambutan. cewahhh perasan fatin liyana kejap. lulz.
 
sebenarnya rasa nak tulis apa yang korang nak tahu pasal pertunangan ni. *bajet retis* kihkoh

* please expect a long post for this entry*
 
 
jari gemuk airis safiyah =P
 
tapi entry semalam tu aku tak tulis macam mana aku terima proposal si dia kat parents aku kan? Hehe.. well aku sedar yang kitorang ni dah berjuta kali on off dalam relationship kitorang so aku tak expect and tak nak mengharap pon dia untuk propose aku cam sweet tahap diabetes kat youtube tu walau dalam hati ni tuhan je yang tahu betapa aku nakkkkkkk rasa ade orang romantik kat aku hahaha. Sebab aku ni romantik orangnya.kihkih.. aaaa sudah sudah berangan pulak.
 
Hidden ring in a book #engagement #proposal #idea
omputih sangat kan. kihkihkih tapi don't worry dia tak buat pon ni =.=

 
hmmm masa hari yang dia datang mini merisik (which means no proper proposal to me. alone. sobs) tu kan, aku kan dalam keadaan shocked tu so aku macam tak cakap yes or no. Aku banyak diam. Sebab entah aku pon tak tahu. Padahal aku sepatutnya excited baq hang gittuew. Mungkin sebab aku takut untuk berharap sangat?? Hewhew... so malam tu aku banyak berfikir. Aku solat tenangkan hati aku. Aku mohon kat Allah untuk setiap apa decision yang aku buat biar itu yang terbaik untuk aku. Sebenarnya malam tu dia mesej tanya napa aku nampak cam tak happy. Aku jawab, "happylah. Gila tak happy". Hehehe jawapan selamat untuk tak nak tunjuk apa yang aku fikir sebenarnya. 

Allah... rasa macam buat keputusan hidup mati ni. Sama ada betul ke nak tunang ni. Aku ni dah laa jenis sikit sikit gaduh nak break up, nak distance punya manusia. Kalau lepas ni dah tunang mesti kene sabar tahap fuhh fuhhh. Hahaha.. so within 2 weeks tu aku banyak muhasabah diri aku. Fikir betul ke ini yang aku nak. Dan Alhamdulillah Allah tolong aku. Ya. Allah adalah sebaik baik tempat untuk mengadu. Bestfriends aku pon banyak sangat membantu aku time time genting aku nak buat keputusan ni. Yelahh tunang kot. Tak nak la putus putus tengah jalan last last ended up kawen oran lain kan. Nauzubillah...

 

Makanyaaaaaa jadilah seminggu lagi nak ke tarikh 10 Januari 2015 tu. K. Esoknyanya aku keje kot. Hahaha..

Aaaa nak mula dari apa? Gila weh sumpah serius aku cakap bila buatkan orang lain punya majlis kan, idea nak dating punyalah berderet deret. Tapi haa bila kena kat diri sendiri, langsung blur. Nak pilih kaler tema pon macam entah. Entah. Entah.
 
 
Nasib baik akak aku, owner si ElsabyLiesaridz (tekan sini untuk ke page Elsa) tu free and sudi nak tolong. So aku bagi keje buat baju tunang, pelamin, setup hantaran kat dia. Kaching! Settle! Heheh memang me love you so much laaa lisa. serba serbi lisa buat dengan me-recycle barang wedding dia hari tu. hahaha

 
Khamis tu memang aku amik halfday tapi since aku cirit, cuti terus sampai jumaat. Jumaat pagi pergi pasar dengan mak aku beli barang nak masak. Si dia pon ikut. Yolahh awak kenalah bersusah jugak okay. Hehe. Kat sinilah kitorang jumpe aunty mungaaaa yang sangat pemurah.


 
Aku beli daisy kaler soft pink ni kat dia. Andd alhamdulillah rezeki aku, stock baby breath dia baru sampai. Gilaaaa best! Mami beli bunga carnation untuk buat sirih junjung. Murah gila murah serious. Hekhek.

 kalau rasa nak suruh aku buatkan, boleh je pm aku. hahahaha
 

Mami bersungguh masak tau. Aku listkan few makanan yang aku nak. Tapi mami tambah lagi few yang dia nak masak. Sian aku tengok. Penat tau. Memang mami selalu buat katering tapi bila pikir few days before tu mami sakit-sakit badan, aku jadi serba salah. Tapi mami gigihkan juga. Allah... memang tiada ibu yang terbaik kat selain mamiku ini (untuk aku laa). Aku tahu dia nak aku happy. Tsk..tsk... yelah bape puluh kali pulakkan mami tengok aku meroyan nak kawen kan. Hahaha.
I love you mamita.

K ni nak tunjuk baju tunang aku. Plan asal nak pakai baju konvo aku yang akak aku jahit tapi tak reveal kat orang lagi tu. Gittueww... haha tapi akak aku cakap kaler tak sesuai. So akak aku suggest baju turqoise ni. Aku alergik sikit pakai baju kaler cerah ni sebab nanti takdelah effect kurus tu kan. Kihkih. Tapi Alhamdulillah sedang elok dalam gambar. Hahaha

 kawan since asasi =)

okay tak? korang nak sewa aku bagi RM80 je kalau nak. hahahaha... veil tu pon lisa buat.kihkih yang mana at first aku refuse nak pakai sebab aku rasa over untuk bertunang tapi kerna terpaksa aku relakan juga pakai. hehehe

hmmm ape lagi eh?

ohh pelamin pon buat sendiri! hehehehehee

 so basically untuk majlis ni aku buat semuanya sendiri. aku memang penggemar buat benda-bende kretip mcm guestbook, 3D pop card, photobooth semua tu. so aku pon buatlah bende ni sendiri. kalau tak caya tengok dalam to-do-list aku tu, benda guestbook table no.1 tau. hahhaha.
 

 
cute gila kan si airis safiyah ni? baju ni kakak aku buatkan jugak sepatutnya nak pakai time aku kawen nanti tapi dorang tazzaabar nak pakai. so pakai je laaaa. and I am thinking that nak recycle je baju ni pakai time wedding aku nanti. hahaha
 
 
Ya Allah, semoga demam aku ni cepat kebah. esok nak gi keje. MC pon dapat 2 hari je. sobs. hekhekhek.. rindu pulak kat girlfriends aku semua ni.
 

 
 
nanti aku update 1 entry khas untuk gambar-gambar je. ni semua raw gambar DSLR dengan phone yang aku tak edit. ohh btw, aku tak upah photographer pon sebab aku tak mampu. abg ipar aku ex photographer so bior dia amik. abang si dia pon memang senior photographer so aku pon tengah tunggu gambar dari pihak dia. hehehee...
 
siapa kata nak buat majlis acah-acah meriah ni kena keluar duit banyak? (grand kewwww? lulz) teeheee sebenarnye definisi meriah tu kita sendiri je boleh menilai. Aku puas semua tetamu aku happy datang majlis aku. Puas semua orang yang aku jemput datang. Puas makanan semua habis. Puas tengok mami ayah lega and tak jatuh sakit after majlis. Puas bila aku rasa akhirnyaaaaaaaaaaaaa dah bertunang. Kihkoh.
 
 
to be continue...
 
 
till then,
xoxo


Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.

No comments:


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...