Assalamualaikum W.R.T
Untukmu yang selalu ada di dalam doaku,
Tahun ini genap 6 tahun perkenalan kita. Iya sudah hampir 6 tahun. Pejam celik pejam celik kita masih berhubungan. Suatu jangka tempoh yang ku kira sangat lama bila dibandingkan dengan usiaku yg akan menginjak ke angka 23 tahun ini. Sudah pasti apa yang selalu bermain difikiran ini adalah perkahwinan. Iya aku selalu mendambakan sebuah mahligai pernikahan yang indah, yang utuh, yang didasari dengan kasih dan sayangnya kita kepada Maha Pencipta iaitu Allah S.W.T. Aku selalu inginkan zuriat ku sendiri. Biar orang mengatakan terlalu awal untuk bernikah, terlalu awal untuk punya anak, tetapi itulah apa yang terbaik bagi. Suami dan anak itu rezeki. Rezeki yang terindah dari Allah buat diriku. Tetapi sayang, semuanya belum terlaksana. Hanya mimpi indahku semata.
Aku mula sedar betapa perjalanan 6 tahun ini penuh pancaroba. Penuh dugaan yang ku bisa katakan banyak airmata yang mengalir, banyak hilai tawa yang menjengah kita, banyak surprise-surprise yang aku kenang dan sudah pasti semua itu tidak akan pernah hilang dari kotak mindaku. Bagiku, kau memang insan yang terindah kerana sentiasa hadir menemani aku. Dari awal perkenalan sehingga kini, aku bisa coretkan semuanya yang pernah terjadi diantara kita. Aku malah ingat setiap perbualan kita, mimpi kita, angan-angan kita.
6 tahun,
Sudah cukup molek sekiranya perhubungan yang lebih 6 tahun ini kita abadikan dengan sebuah pernikahan. Kita saling berjumpa ibu dan ayah. Kita saling keluar bersama dengan ibu dan ayah. dan Alhamdulillah mereka menerima perhubungan ini. Ibuku sendiri sangat menyayangimu melebihi anaknya ini. Aku sempat berfikir, jika kedua orang tua sudah merestui perhubungan ini, mengapa tidak kita terus sahaja melangsungkan pernikahan? Bukan RM50k yang aku mahu sebagai hantaranku. Bukan 1000 jongkong emas yang aku mahu sebagai maharku.
Cuma,
Aku mahukan kau bersedia untuk menjadi imamku. Menjadi pemimpin aku dan anak-anak kelak nanti. Wang ringgit, harta kita boleh sama-sama usahakan. Rezeki itu milik Allah. Jika sudah tertulis Allah mengizinkan kita mendapat rezeki itu, sudah pasti kita akan mendapatkannya. Langsung, apa lagi yang engkau mahukan?
Sungguh aku tidak mengerti.
Berbagai cara sudah aku jelaskan bahawa aku mementingkan kesederhanaan. Aku mahu bahagia. Aku mahu kita menjadi yang halal. Bukan sepasang kekasih yang bisa melakukan apa seenaknya tanpa batas. Aku takut. Demi Allah aku takut.
Semakin kau selesa dengan kehidupan ini, semakin engkau sibuk dengan hal duniawi ini, aku lihat engkau lupa akan tanggungjawabmu kepada ku. Mana janji-janji yang engkau tabur dulu? Mana sumpah demi Allah yang kau akan menjadikanku isterimu yang sah?
Ketika detik ini, aku redha. aku pasrah sekiranya memang benar bukan jodoh itu untuk kita. Walaupun pahit untuk ditelan, aku redha dengan ketentuan Allah. Aku harus kuat. sementelah aku masih punya ibu dan ayah yang harus aku jaga, yang harus aku tabur baktiku pada mereka. Walau ada sedikit rasa penyesalan atas semua dosa-dosa yang kita pernah lakukan sepanjang 6 tahun ini, aku pasrah meski aku mungkin tidak jumpa jodohku.
Ku sentiasa doakan dikau bahagia dengan kehidupanmu kini. Kau punya keluarga, kau punya kawan-kawan untuk dipentingkan. Aku, perempuan yang sudah 6 ahun kau dampingi ini, yang selalu ada dikala kau sedih, yang selalu ada dikala kau kesusahan, dan yang pasti selalu ada semasa senangmu, aku terima semua yang berlaku ini. Aku harap kau jumpa pengganti yang lebih baik. Sesungguhnya aku cuba menjadi wanita yang lebih baik, yang patuh suruhan Tuhanku, yang selayaknya dipanggil isteri solehah. Aku cuba memperbaiki diri ini. Akanku cuba menyerahkan semua takdir ini kepada Allah kerna Dialah sebaik-baik Tuhan yang Mengetahui sesuatu itu.
Semoga aku kuat harungi semua ini. Semoga terhapus kesedihan ini. Semoga senantiasa ada harapan buatku.
Hadirkanlah kebahagiaan kepadaku Ya Rabb
Allah, ampunilah hambaMu ini yang penuh dosa, yang penuh khilaf.
insan hina,
zazailena
No comments:
Post a Comment