Thursday, January 1, 2015

2015

Assalamualaikum W.R.T


Allah... Alhamdulillah. Kita sudah pon memasuki tahun baru. tup tup dah 2 Januari 2015 dah pon. Soalan yang paling sinonim mestilah "Apa azam tahun baru korang?" hehee.. tu dah jadi macam soalan wajib setiap tahun. yelahkan. dari situlah boleh buat kita terfikir capai ke tidak azam tahun lepas atau pun apelah yang kita nak rancang untuk tahun baru ni. Aku harap korang determined lah nak capai azam tahun ni.

Aku punya azam apa?

hmm.. dalam entry ni aku taknak recall apa yang jadi kat aku 2014. nanti aku buat #throwback punya entri. haha. So, untuk tahun 2015 ni aku bercadang (dengan izin Allah S.W.T) untuk:

  1. Tunang (In sha Allah)
  2. seterusnya Kahwin
  3. Beli kereta *yang mana aku hold dari december lepas sebab aku tak yakin untuk ada komitmen
  4. Belajar memasak dengan gigihnya *dah sampai masa rasanya kan nak jadi bini orang dah..hehe
  5. Kurus + fit *ini azam sejak azali lagi tapi akanku gigihkan juga walaupun tambah muscle sebanyak 5% haha
  6. Kumpul duit untuk umrah mami ayah *pasti boleh!
  7. Menjadi lebih baik



Dah dah. takyah banyak-banyak. nanti kelaut je jadi semuanya. biar sedikit asal tak nampak macam angan-angan je. Semoga Allah sentiasa ada disisi diri ini menempuh kehidupan yang masih ada ini.



till then

xoxo


Thanks for reading this entry. Do read others okay =) love you.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...